Interaksi 3
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Mengapakah JSU diperlukan??
-soalan mestilah mempunyai keutuhan/kesahan
-tidak boleh membentuk soalan spontan
Definisi:
-Jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu konstruk (kemahiran) yang ditaksir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks dan taburan aras kesukaran.
Ciri-ciri:
-Matriks yang mempunyai 2 paksi iaitu menegak (kandungan) dan melintang (aras kemahiran).-Bilangan item dinyatakan dan JSU mengikut ars dalam kemahiran yang ditetapkan.
Maklumat dalam JSU:
-Kandungan ujian yang berupa topic pelajaran
-Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
-Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
-Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus da lain-lain.
-Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
-Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 %-80%.
Kepentingan JSU:
-Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
-Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
-Menimbulkan kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
-Menentukan perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
-Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
-Memberi panduan untuk membentuk soalan.
-Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
-Mengambil kira bilangan masayang diperuntukkan untuk sesuatu topic.
-Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian derngan ujian yang lain
Tugasan:
Bina JSU berdasarkan topik golongan kata nama dan bina beberapa soalan berdasarkan JSU yang telah dibina.
Contoh soalan
Kata adjektif
Ukuran
1. Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu _________.
a. Lebar
b. Besar
c. Labuh
Bentuk
2. Bola yang _________ itu senang ditendang oleh adik.
a. Bulat
b. Leper
c. Bujur
Kata Tugas
Kata Praklausa
1. Pilih ayat yang betul.
a. Ke manakah mereka membeli tiket itu?
b. Kamu tidak hadir semalam mengapakah?
c. Bagaimanakah pasukan itu mencapai kemenangan?
d. Apakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam?
2. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Pengusaha restoran itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggannya.
a. Bilakah pengusaha itu membuat pelanggannya berasa puas hati.
b. Bagaimanakah pengusaha restoran itu menjaga hati pelanggannya?
c. Mengapakah pengusaha restoran itu mengutamakan pelanggannya?
d. Siapakah yang dilayan oleh pengusaha resoran itu?
3. Pilih ayat yang menggunakan kata seru dengan betul.
a. Aduhai, sakitnya perut saya!
b. Syabas, tingginya bangunan itu!
c. Wahai murid-murid, belajarlah bersungguh-sungguh!
Langkah pembinaan jsu
-Senaraikan tajuk yang hendak diuji.
-Tentukan soalan (objektif, struktur, esei)/markah
-Tentukan aras kesukaran.
-Jenis ujian yang hendak diuji.
-Tentukan soalan bagi setiap komponen.
-Menyatakan m/pelajaran
-Menyemak item soalan.
Apa yang perlu disemak???
-Bahasa
-Isi-ikut konteks
-Arahan mestilah diberi dengan jelas
-Masa yang diberi mencukupi.
Ujian Pra??
Ciri-ciri…
-Keesahan
-Boleh disahkan
-Kebolehpercayaan
-Kebolehtadbiran- (boleh diurus)
-Kemudahtafsiran –(tafsir perangkaan)
-Tolong guru baiki soalan.
Konsep IK (indeks kesukaran)
-Untuk menentukan item/soalan sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah.
-Nilai pengiraan : Formula
B= Bilangan calon yang menjawab dengan betul
J=Bilangan calon yang menduduki ujian
IK=B/J
Untuk calon yang ramai (40 org ke atas)
IK=BT+BR/J
BT=Jumlah calon dalam kumpulan tinggi jawab soalan dengan betul
BR=Jumlah calon dalam kumpulan rendah jawab soalan dengan betul
0 comments:
Post a Comment