INTERAKSI 6 (28 JULAI 2009)
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
Pengenalan
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri portfolio
· Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan
penilaian yang teliti
· Dijalankan secara kolaboratif.
· Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi
atau bentuk.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.
· Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut
logik.
Penilaian portfolio
· Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
· Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
· Lebih terbuka dan seimbang
· Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama
lain-lain bukti pembelajaran
· Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari
masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina
Portfolio kerja harian
· Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu
yang diberikan.
· Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio
· Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
· Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul
dalam portfolio harian.
Portfolio dokumen/ Documentary Portfolio
· Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu
jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
· Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.
Kegunaan portfolio
· Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan
penilaian holistik.
· Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri,
menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
· Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
· Mempelbagaikan bukti penilaian.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
Perancangan sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:
· soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
· Isi kandungan portfolio
· Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
· Penilaian portfolio.
Cara membina portfolio
Menentukan tujuan portfolio
· Menghuraikan tujuan portfolio.
· Menghuraikan instrumen portfolio.
· Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
Menentukan isi portfolio
· Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.
· Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
· Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
· Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
· Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
· Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.
Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
· Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di
peta perkembangan pembelajaran pelajar.
· Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan
dan kumpulan sasaran.
Mengumpul maklumat
• Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan
cetak dan Teknologi maklumat.
- Lawatan
- Temubual
• Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam
fail.
- inti/rumusan dari pelbagai sumber
- Imbas gambar foto
- Bentukk soal semak di komputer
- Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
Bagaimana menilai portfolio?
• Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan
kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan
kefahaman.
• Menggunakan peta perkembangan pelajar .
• Contoh:
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
• Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti .
• Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih
lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan
pelajar lain sahaja.
Merekod penilaian portfolio
1. Penilaian awal
2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
3. Senarai ciri paling penting
4. Penentuan gred
Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan
1. Peringkat perkembangan/proses.
2. Peringkat penilaian.
3. Peringkat refleksi/penutup.
4. Sikap interaksi dan penglibatan.
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
PENGENALAN
-Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
-Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
-Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing
PELAKSANAAN PROSES PEMERHATIAN
a) Kualiti Pemerhatian
Guru perlu:
Ø Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
Ø Peka terhadap perubahan.
Ø Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø Ikhlas dan jujur.
Ø Bersikap terbuka.
Ø Tekal dan stabil.
b) Bentuk perancangan
Bentuk perancangan??
o Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
o Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
o Menetapkan jangka waktu proses penilaian.
o Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
o Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
o Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
c) Rekod Pemerhatian
Rekod pemerhatian yang diperlukan:
1.Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
2.Menjalankan Tugasan :- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
3.Cara merekodkan dapatan dan rumusan :- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
4.Tindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
JENIS-JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan
dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
a) Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- melapor apa yang dilihat sahaja.
- menggunakan tafsiran (hipotesis).
b) Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c) Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
- jangka waktu yang berperingkat.
STRATEGI PELAKSANAAN
Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut
berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
-Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
-Menggunakan senarai semak.
-Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
-Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau
berkomputer.
-Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
-Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
-Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
-Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
FUNGSI
a.Penilaian melalui pemerhatian:
-digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu
proses pembelajaran.
-Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu
pembelajaran.
-Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
b.Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai
dengan proses pembelajaran seterusnya.
c.Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
d.Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran
yang diajarkan dan apakah yang mendorong
atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang
positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah
mereka menaakul apa yang tersirat?
CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan,
merangsang, atau menyampaikan maklumat.
b.Kecekapan :
Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan,
dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
c. Kecekapan muzik:
Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
Tuesday, July 28, 2009
INTERAKSI 6 (28 JULAI 2009)
Posted by DeeLa at Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment