INTERKASI 9
8 SEPTEMBER 2009
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
•Kemahiran Lisan
•Kemahiran Membaca
•Kemahiran Menulis
Pengenalan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar
Kemahiran paling asas
Berlaku pada peringkat penerimaan
Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa
yg didengar.
Kemahiran bertutur
Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
Peringkat penglahiran
Perlu ditiru & diajuk
Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)
Tujuan Kemahiran Lisan
Menyebut perkataan / ayat dgn betul
Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.
Kemahiran yang bOleh diperolehi murid:
Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Penilaian Kemahiran Lisan
bacaan kuat
syarahan
perbahasan
bercerita
perbincangan
hafazan
temu bual
soal jawab
nyanyian
deklamasi sajak
mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian Lisan membolehkan guru:
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
mengesan kelancaran dalam sebutan.
mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
Menyediakan Instrumen
soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Konsep kemahiran mendengar
Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)
Peringkat Kemahiran mendengar
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi
Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
Mendengar secara bertelau-telau
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.
Mendengar tanpa tindak balas
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami
Mendengar secara menebuk-nebuk
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
Mendengar secara beremosi
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas
Mendengar secara berhati-hati
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat
Mendengar secara kritikal
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK
Mendengar secara pengamatan
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)
Mendengar secara kreatif
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik
Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
Peringkat awal
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
Peringkat pertengahan
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat
Peringkat maju
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi
Konsep bertutur
Gabungan bunyi-bunyi bahasa
Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek pertuturan
a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.
e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.
g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.
j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya bahasa berdasarkan nada:
Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.
Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi
Faktoryang mempengaruhi pertuturan:
- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan
alat artikulasi.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Konsep
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir
Menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item Soalan
Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
Bentuk Item Subjektif
Tujuan
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian
KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :
Contoh teknik:
SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.
Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.
Cara Gaya Pembacaan:
•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.
Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif
Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:
Kadar kelajuan
Pergerakan mata
Mengenal pasti struktur ayat
Membaca secara kuat
Membaca secara aktif
Menunjuk
Motivasi
Gerak hati atau jangkaan
Keadaan fizikal
Peringkat Pemahaman:
Peringkat Lateral
Pengetahuan dan pemahaman murid
Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
Interpretasi
Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
Inferens
Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Menentukan sebab dan akibat
Menilai
Peringkat analisis dan sintesis
Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut
Taksonomi Bloom
Mampu membezakan yang baik dan buruk.
Mempunyai pendapat tersendiri.
Teknik SQ3R:
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
R – Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R – Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.
Kelebihan:
Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.
Tuesday, September 8, 2009
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA (Kemahiran lisan, membaca dan menullis)
Posted by DeeLa at Tuesday, September 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment