INTERAKSI 10
PENILAIAN AKTIVITI BAHASA
FORUM
sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan
mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
dijalankan secara formal.
teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.soalan daripada penonton boleh
diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
DEBAT
pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang
logik dan idea yang tersusun.
terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak
pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
PIDATO
huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang
diberikan.Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di
depan penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-
idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta
contoh yang diberikan.
PANTUN
Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik
mengusik, dan puji memuji.
Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
SAJAK
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi
tradisional seperti pantun dan syair.
Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna
dan irama.
CERAMAH
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang
pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik
disampaikan penceramah kepada penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
SYARAHAN
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
-Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
Peringkat/ langkah kemahiran
1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan
Friday, September 18, 2009
INTERAKSI 10-penilaian aktiviti bahasa (forum, debat, sajak dl...)
Posted by DeeLa at Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment