? ??????????????Basement Glowing? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??0 Grabs Today. 2591 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Bright Shapes? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 813 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 29, 2009

INTERAKSI 12-PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

DEFINISI BROSUR :
Risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Penilaian bahasa berasaskan projek : “Power Point” ,risalah dan web

POWER POINT
• Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap.
• Menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara
professional.
• Melalui perisian asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan
menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan
ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background
format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘dan ciri-ciri pengawalan masa.
• Penguasaan yang baik dalam perisian ini akan memudahkan seseorang untuk
menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat dan Objektif
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat
mampat dan memperbanyakkan bahan p&p berasaskan ICT.
• Merangsang para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan pembelajaran kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.

Melalui pembentangan isi
-Topik yang disampaikan
-Idea
-Persembahan paparan yang menarik ,pembinaan laras bahasa yang sesuai
-dengan audiens
-Penggunaan teknologi maklumat yang berkesan

Cara penyampaian kepada audiens
-Berkeyakinan
-Tidak membaca paparan sepenuhnya
-Memahami topik yang dibincangkan
-Dapat memahami kemahuan audiens
-Sesuai dengan golongan sasar
-Tidak menyentuh isu-isu yang sensitif
-Tidak mengambil masa yang lama (padat dan tepat)

Risalah
 Persembahan yang menarik
 Pemilihan isi yang menarik
 Topik yang menarik
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Ringkas dan padat
 Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)
 Menarik perhatian
 Rekaan yang sesuai
 Mengetahui golongan sasar yang difokus.

Halaman sesawang : web
 Persembahan rekaan
 Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
 Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
 Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan
sensitif
 Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
 Penggunaan laras bahasa yang sesuai
 Mempunyai maklumat tambahan
 Mempunyai jaringan yang luas

INTERAKSI 11- PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi
 Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
 Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI ASAS
ii. INDIKATOR
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
 Kegiatan Awal
 Kegiatan Inti
 Kegiatan Akhir
iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
v. PENILAIAN

Huraian…
i.KOMPETENSI ASAS
 1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
• Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup
iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi
A. KEGIATAN Inti
1. Menyapa teman sebaya dengan sopan
2. Membuat kalimat sapaan(lisan)
3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
4. Membuat kalimat Tanya dengan betul
C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio

iv. METODE, SUMBER, MEDIA
a) METODE
1. Soal Jawab
2. permainan bahasa
b) SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema)
c) MEDIA
1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata

vi. PENILAIAN
Lisan
Bertulis
Perbuatan
Portfolio


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1) KAEDAH JIGSAW
2) KRITIKAN TERBUKA
3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

Huraian…

KAEDAH JIGSAW
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif .
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA

membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
• Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
• Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
• Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara,
2)Keyakinan diri di khalayak ramai,
3)Kelancaran bahasa,
4) Penampilan,
5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

 Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
 Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah.
 Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan (PRK)
Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

Friday, September 18, 2009

INTERAKSI 10-penilaian aktiviti bahasa (forum, debat, sajak dl...)

INTERAKSI 10
PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

FORUM
sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan
mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.

dijalankan secara formal.

teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :

a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif,
kreatif dan rasional.

tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.soalan daripada penonton boleh
diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT
pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang
logik dan idea yang tersusun.
terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak
pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO
huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang
diberikan.Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di
depan penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-
idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta
contoh yang diberikan.

PANTUN
Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik
mengusik, dan puji memuji.
 Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
 Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi
tradisional seperti pantun dan syair.
Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna
dan irama.

CERAMAH
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang
pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik
disampaikan penceramah kepada penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN
Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
-Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat/ langkah kemahiran
1)Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

Tuesday, September 8, 2009

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA (Kemahiran lisan, membaca dan menullis)

INTERKASI 9
8 SEPTEMBER 2009

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
•Kemahiran Lisan
•Kemahiran Membaca
•Kemahiran Menulis

Pengenalan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

Kemahiran mendengar
Kemahiran paling asas
Berlaku pada peringkat penerimaan
Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa
yg didengar.

Kemahiran bertutur
Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
Peringkat penglahiran
Perlu ditiru & diajuk
Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

KEMAHIRAN LISAN (MENDENGAR DAN BERTUTUR)

Tujuan Kemahiran Lisan
Menyebut perkataan / ayat dgn betul
Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran yang bOleh diperolehi murid:

Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Penilaian Kemahiran Lisan
bacaan kuat
syarahan
perbahasan
bercerita
perbincangan
hafazan
temu bual
soal jawab
nyanyian
deklamasi sajak
mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian Lisan membolehkan guru:
mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
mengesan kelancaran dalam sebutan.
mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Cth : PLBS

Menyediakan Instrumen
soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Konsep kemahiran mendengar
Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Kemahiran mendengar
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi


Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

Mendengar secara bertelau-telau
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

Mendengar tanpa tindak balas
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami

Mendengar secara menebuk-nebuk
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

Mendengar secara beremosi
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas

Mendengar secara berhati-hati
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat

Mendengar secara kritikal
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK

Mendengar secara pengamatan
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

Mendengar secara kreatif
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:

Peringkat awal
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

Peringkat pertengahan
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat

Peringkat maju
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi

Konsep bertutur
Gabungan bunyi-bunyi bahasa
Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan
a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya bahasa berdasarkan nada:

Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktoryang mempengaruhi pertuturan:

- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan
alat artikulasi.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Konsep
 Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti
 Karangan
 Laporan projek/kerja kursus/folio
 Latihan dan ujian bertulis
 Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :

 Kemahiran menulis
 Menyusun idea
 Penggunaan tanda baca
 Perbendaharaan kata
 Mengaplikasi
 Mentafsir
 Menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
 Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
 Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
 Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
 Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
 Skema pemarkahan disediakan

Bentuk Item Soalan
 Bentuk Item Objektif (HYPERLINK)
 Bentuk Item Subjektif

Tujuan
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian

KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

Contoh teknik:
SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.

Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.

Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan:
•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif

Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:
 Kadar kelajuan
 Pergerakan mata
 Mengenal pasti struktur ayat
 Membaca secara kuat
 Membaca secara aktif
 Menunjuk
 Motivasi
 Gerak hati atau jangkaan
 Keadaan fizikal

Peringkat Pemahaman:
 Peringkat Lateral
 Pengetahuan dan pemahaman murid
 Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
 Interpretasi
 Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
 Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
 Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
 Inferens
 Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
 Menentukan sebab dan akibat

 Menilai
 Peringkat analisis dan sintesis
 Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut
Taksonomi Bloom
 Mampu membezakan yang baik dan buruk.
 Mempunyai pendapat tersendiri.

Teknik SQ3R:
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).

-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.



 S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

 Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

 R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

 R – Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

 R – Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

Kelebihan:

Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.

Saturday, September 5, 2009

Penilaian Bahasa-Projek 4 September 2009

INTERAKSI 8
Jenis penilaian bahasa (Projek)

Pengenalan

• Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
• Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
• Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
• Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil
disediakan.
• Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
• Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir
secara reflektif dan berketrampilan.

Tujuan

• Menggalakkan pelajar bekerjasama.
• Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
• Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
• Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
• Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu
berbincang.

Garis panduan laporan projek.

• Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topic.
• Tentukan kriteria penilaian.
• Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras
bahasa)
• Guna contoh yang sesuai.
• Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.

Langkah-langkah untuk menjalankan projek.

1. Penentuan tajuk dan skop
2. Penilaian awal projek
3. Pelaksanaan strategi
4. Pemprosesan maklumat
5. Penilaian hasil projek